It's Friday, Friday, gotta get down on Friday! Well, I don't know what's going down with Rebecca Black's Friday, but for me, every day is a new day and always keep your heads up!
Wahh, tajuk post kali ni macam tajuk lagu. Boleh jadi ni, since my students and their band KARENA, dah ada buat 3 lagu so far. Rakaman bakal dibuat tak lama lagi, so nantikan kemunculan mereka! Dengar dulu dan jangan terkejut kalau I cakap yang mereka hanya pelajar sekolah Tingkatan 2, 3 dan 4! Alaa, Najwa Letup pun mula masa sekolah dulu kan ;) Itu semua sebab mereka bersungguh-sungguh dalam usaha dan minat mereka.
I only have one rule..haha, terlalu banyak tengok How I Met Your Mother kebelakangan ini ;) Tapi, dalam hidup ni, I sentiasa berpegang pada kata-kata ayah saya:
"Usaha, doa, tawakkal, redha"
Rasanya, semua orang tahu tetapi ada perbezaan antara tahu dan faham. Kita mungkin tahu tapi mungkin tak faham, tapi bila kita faham, kita memang tahu. Faham tak ni? Dalam apa jua yang kita lakukan, keempat-empat elemen ni mesti ada, sebab kita percaya dan yakin pada Tuhan yang Maha Esa kan? Dialah Pemberi Rezeki yang utama, Pemakbul segala doa dan Dialah yang membuka pintu rahmat kepada manusia yang inginkannya.
Sejak beberapa bulan yang lepas, satu pintu peluang kepada rezeki telah dibukakan kepada I oleh sahabat I sejak di Institut tempat kami belajar dahulu. Peluang kepada kehidupan yang lebih baik, dari segi fizikal, mental dan financial. I start baca dan buat kajian, dan setelah beberapa lama, dengan pertimbangan yang menyeluruh, I akhirnya memulakan sebuah empayar bisnes I sendiri. Well, baru start dah panggil empayar? Yes, sebab kita kena optimis dan positif dari awal lagi, kalau kita selalu sebut, bukankah itu doa namanya? InshaAllah He will show me the way ;)
![]() |
Farouk Harun dengan business partner yang lain. Farouk single lagi, boleh ushar dia http://www.faroukharun.com/ |
Kami belajar bersama dan bila kami mulakan perkhidmatan kami sebagai guru di Johor, kami masih lagi contact each other dan jalinan itulah yang membawa kepada perkenalan I dengan bisnes ni. Tujuan I hanyalah untuk menjadikan hidup keluarga dan diri sendiri lebih mudah dan senang. Dengan kemampuan yang lebih, maka lebih banyak amal pahala boleh dibuat, betul tak? Pintu rezeki tu Allah buka sebab belakang tu ada dua pintu yang dibuka; pintu amal baik dan jahat. Kita dah masuk pintu rezeki tu seolah-olah kita pegang kunci kepada dua pintu tersebut. Maka, terpulang pada kita untuk pilih pintu mana yang kita nak masuk.
Dalam satu hadith riwayat Imam Bukhari, tiada seorang pun yang makan makanan yang lebih bagus dari memakan makanan dari hasil kerja tangan sendiri. InshaAllah, dengan niat, cara dan tujuan yang betul, Allah akan permudahkan kita untuk capai tujuan tersebut.
Haii, dah macam khutbah Jumaat pulak kan? :P Hehe, maaflah tapi itulah namanya guru; bukan hanya di sekolah, tapi di rumah, di shopping mall, di restoran dan semua tempat! Rumusannya, I dah dipertemukan dengan pintu kepada peluang rezeki untuk kehidupan yang lebih baik, dan benda baik bagus untuk dikongsikan bersama, betul tak?
Pembaca yang budiman boleh refer pada posts I yang lepas mengenai Mineral Coffee yang tinggi kebaikannya kepada kesihatan kita InshaAllah. Yang baik kita kongsi, yang buruk kita perbaiki. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi I dan inshaAllah anda tidak akan berasa kecewa!
AHMAD SAFWAN SULAIMAN
Phone/Whatsapp: 016 655 4623
Facebook: https://www.facebook.com/safwan.smd.7
Twitter: https://twitter.com/wawantology
Instagram: http://instagram.com/encikwawan
0 comments