Orang putih kata "Opportunity Seldom Knocks Twice"
Orang Melayu kata "Peluang Hanya Datang Sekali"
Orang Melayu juga kata "Peluang Tidak Datang Bergolek"
Pada suatu hari yang tenang, burung-burung pun berterbangan; ada yang menari, ada yang menyanyi...aku berjalan-jalan bersama sahabat-sahabat baik saya di sebuah pusat membeli-belah tersohor di sebuah bandaraya sebuah negeri di selatan Malaysia. Kami berjalan melalui banyak kedai dan manusia. Ada yang sekadar singgah untuk melihat-lihat, ada yang singgah untuk membeli CoolBlog untuk menghilangkan dahaga dan ada juga yang singgah untuk sekadar meninggalkan cap jari pada barang-barang yang diniagakan.
Tiba-tiba, mataku tertarik pada satu ciptaan Allah yang sangat indah. Bentuknya sempurna, lengkap dan functional. Ciptaan Allah tersebut bukanlah yang terbaik dan terkuat, tetapi mataku telah tertambat olehnya. Inginku kongsi bait-bait lagu DeHearty, Wanita:
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Inginku bertanya, siapakah namanya, siapakah orang tuanya. Inginku kenal hati budinya, inginku menjadi sahabat sejatinya. Lalu, ku tanya pada para sahabatku "Kalian, bolehkah kalian tanyakan nama wanita itu untukku?" Mereka kata boleh, tetapi sejurus tiba dihadapan kedai tersebut, mereka katakan padaku, kenapa tak cuba sendiri?
Ohh, like that didn't occur to me. I'm just extremely...ahhh.
Ku fikir, dalam hati dan benak fikiranku...
Sampai bila nak jadi pengecut, bila jasadmu dah kecil mengecut?
Sampai bila nak jadi penakut, duduk di tepi gantang hanya melukut?
Sampai bila nak jadi penyokong, bila tiada bumbung untuk disokong?
Sampai bila nak jadi pemalu, menyorok seperti daun semalu?
"Aku kan lelaki! Aku kan kuat!" jerit monolog dalamanku sendirian. Nasib baik tak jerit ditengah-tengah kekalutan manusia yang mencari jalan keluar dari depresi dunia, mahu tak dipanggil gila, psikotik atau sewel. Lalu, aku kumpulkan kegagahan dan kejantananku yang tak sehebat Tariq bin Ziyad mahupun Al-Fateh, ku mulakan langkah dengan lafaz suci dan ku masuk ke kedai mencari wanita tadi.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
"Nama saya Harapan. Boleh saya tahu nama awak?"
"Nama saya Peluang."
"Saya nak Peluang. Boleh berikan saya Peluang supaya saya dapat kenali dan dalami Peluang, dan gunakan peluang yang ada?"
"Boleh, apa salahnya. Ini nombor saya 019-8765432"
"Saya akan mesej awak nanti. Terima kasih."
Kita manusia sentiasa berharap, yang peluang lebih baik akan datang merangkak, berjalan atau berlari pada kita, tapi kita selalu takut untuk mengambil peluang yang dah ada, walaupun susah, dan jadikannya sebagai batu loncatan untuk kita melompat lebih tinggi.
"Hari yang baru adalah peluang yang baru"
Nak biar ke nak ambil? Jawapan ada didada kamu.
0 comments