Weddings by Fikrifayi

Assalamualaikum and greetings!

What's up guys? Hope life's treating you perfectly and all is well for everyone. Let us stay positive everyday and if Monday didn't work out quite well for you, you still have Tuesday, Wednesday and up till Sunday at your disposal. Challenges are ever-present in your life undoubtedly, so chins up, hold your heads high and be the one, the sole winner!

Hari ini, saya nak introduce seorang kawan yang sangat multi-talented and multi-tasked. Kami berkawan sejak TESL Foundation Programme kami di IPBA, dan kami sama-sama menuntut di University of Auckland, New Zealand. Kini, bila posting, kami ditempatkan di daerah yang sama dan sesungguhnya, dia salah seorang inspirasi saya untuk berani mengambil risiko menceburi bisnes bersama GLAMpreneurs. Dia ialah...

Maaf, gambar sebenar Fikrifayi terlalu hot untuk dipaparkan :P
Kenapa dia multi-talented? Kerana dia seorang cikgu Bahasa Inggeris, dia juga seorang entrepreneur yang sangat proaktif dan berpandangan jauh, dia juga seoarang jurugambar professional dan dia juga seorang event planner yang sedang meningkat naik! Memulakan perniagaan sejak 2012 yang bertapak di Kluang, Johor, sehingga kini beliau semakin membina reputasi sebagai event planner dalam pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, pertunangan, cukur jambul, harijadi dan pelbagai lagi. Kariernya sebagai jurugambar pula tidak perlu dipertikaikan lagi, sejak dia bermula dengan kamera Nikon D60, beliau terus mengorak langkah dan membina nama, bukan sahaja di Malaysia, malah semasa di New Zealand, beliau pernah ditawarkan kontrak jurugambar sepenuh masa oleh sebuah syarikat professional. Namun, atas passion dan semangat seorang guru, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut tetapi meneruskan minat dalam fotografi secara persendirian.

Copyright Reserved 2013. Weddings by Fikrifayi
Tengok konsep yang dibawa oleh beliau, simple tetapi moden dan menarik kan? Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah setanding dengan wedding planner yang sedia ada dan sudah lama bertapak dalam industri tersebut.

Anda boleh layari laman sosial Facebook Weddings by Fikrifayi untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pakej dan harga yang ditawarkan. Tunggu apa lagi, jadikan hari perkahwinan, pertunangan dan sebagainya, sebagai hari terindah dalam hidup anda, hanya dengan Weddings by Fikrifayi!

Weddings by Fikrifayi
Taman Seri Impian, Kluang
019-296 1560
Tags:

0 comments