Assalamualaikum and greetings!
Bertemankan kipas dengan halaju penuh, punggung beralaskan tilam yang empuk sambil bersandar di katil di kamar yang simple dan sunyi, saya ingin kongsi dan promosikan sesuatu bagi penggemar pelbagai jenis kek!
Drum roll please...BA DUM...TSS!
Mempersembahkan....
Untuk pengetahuan semua, pengasas Thecupcakecrazy merupakan pasangan suami isteri Eyzzatul Eylia dan Mohd. Abhar, kedua-duanya berasal daripada Pontian, tempat lahir dan tempat saya main basikal sampai jatuh longkang dulu, haha. Eyzzatul atau saya panggil dia Eyza ni, kawan sepermainan dari sekolah rendah lagi. Masa tu, dalam batch kami, siapa tak kenal Eyza, memang malang sebab mak dia kerja di sekolah rendah kami dan kalau tak silap, tiap-tiap pagi saya lepak kat astaka depan padang sekolah, nampak kereta Suzuki Vitara mak dia drive masuk ke sekolah dengan Eyza nih ;)
Anda boleh layari sendiri laman Facebook Thecupcakecrazy ni dan anda pasti akan mengalami "Awww moment" bila tengok hasil air tangan sentuhan kedua-dua mereka ini. Mereka sebenarnya memegang Ijazah Sarjana dalam Senibina Lanskap, tapi rasanya disebabkan minat atau passion mereka dalam bakery, cupcakes, cakes dan cookies, maka dari situ agaknya lahir Thecupcakecrazy. Maafkan saya kalau saya silap ye Eyza!
 |
Masuk Kosmo 19 September 2013 |
Siapa kenal Jovian Mandagie, angkat tangan!! Haa, kalau nak tau, dia ni local designer yang sedang hot gila sekarang ni. I mean, I'm not really that into fashion and stuff, but I do try to keep myself up with the latest news which covers from sports to fashion, hehe...rasa dalam GLAM pun ramai yang kenal Jovian ni kannn...bawah ni ada gambar Jovian dengan mentor GLAM, Hanis Haizi :)
Jauh betul perginya! Haha, bukan apa, nak cakap yang...Thecupcakecrazy ni pernah terima order cupcakes untuk open house Hari Raya Jovian! What a way to go international! Hehe...
 |
J is for Jovian. |
So, my dear readers, I think the beautiful cupcakes designs have already captivated your senses right? Teruja dan terliur tengok cupcakes mereka? Boleh contact terus mereka di laman Facebook mereka dan anda boleh cakap yang "I'm crazy for cupcakes because of Thecupcakecrazy!"
0 comments